Saturday, November 17, 2007

Teori Domino, Revisited Jamming Session 07.1



Album ini mengandungi 11 rakaman dan 2 lagu bonus medley Istimewa dan Istimewa 07.1 versi baru dalam bentuk jamming secara "live". Album Teori Domino asal yang pernah diterbitkan pada tahun 1990 dahulu juga disertakan sebagai bonus kepada peminat.

Double CD
ini merupakan keluaran terbaru Fly-WINGS Entertainment dan FIRMZZ Entertainment Group Sdn Bhd bakal memberikan peluang kepada peminat untuk memiliki dua CD pada satu harga.

Harga Pasaran: CD RM 27.90, Kaset RM 16.90.


Tuesday, October 23, 2007

On My Side...Andy McLean

Rupa-rupanya aku baru tahu bahawa lagu ini adalah precursor kepada lagu 'Julang Timur Tengah' yang di terbitkan dalam Mr. Barbarik (2000, BMG). Faktor utama kenapa ini berlaku ialah kesukaran untuk mendapatkan dan mendengar album Superfriends sebelum ini. Sudah tiba masanya pihak Sony & BMG menerbitkan kembali double album tersebut. Satu-satunya cara untuk mendengar lagu ini ialah melalui MP3.

My two cents: Aku lebih gemar menikmati gubahan yang dinyanyikan oleh Mus kerana bunyinya yang lebih authentic dan tidak pseudo seperti Andy McLean.


Monday, October 22, 2007

Hadiah raya buat peminat Wings...



Album:
Raya Bersama Mus (2007) Power Records

1. Joget Hari Kemenangan*
2. Malam Aidilfitri*
3. Hari Raya Yang Mulia
4. Keroncong Hari Raya
5. Puisi Aidilfitri
6. Nursakti
7. Jelang
8. Engkau, Aku & Dia
* - Unreleased Track

My two cents:
Peminat tegar kumpulan Wings sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk memiliki album ini. Ini adalah peluang kedua untuk memiliki album yang pernah diterbitkan 11 tahun lalu iaitu "Puisi Aidilfitri" (BMG Records) yang tentunya sukar sekali ditemukan dalam pasaran sekarang.

Kesemua lagu-lagu yang muncul dalam listing pada tahun 1996 tersebut diterbitkan semula dalam album ini. Malah 2 lagu baru yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini, vokal oleh Mus, telah dimasukkan dan menjadikan album ini sesuatu yang mesti dimiliki.

Mendengar album "Raya Bersama Mus" tentu sekali akan mengimbau saat cemerlang Mus ketika bersama Wings. Bagi sesetengah peminat, kehadiran Mus telah berjaya mewarnai Wings dalam satu spektrum berbeza dan memalarkan kumpulan tersebut agar terus segar dalam minda semua peminat.

Kesemua lagu dalam album ini amat mempesonakan, dan antara lagu yang boleh dianggap hit ialah 'Keroncong Hari Raya', sebuah lagu yang agak rancak tetapi dalam masa yang sama masih membawa mesej dan semangat Aidilfitri.

Hanya RM 15.90 di Pasaraya Mydin berdekatan anda. Rebutlah peluang untuk memiliki album ini sebelum ianya kembali hilang dalam lipatan sejarah.